S*** R*****'s avatar'
S*** R*****2 bulan yang lepasMauLuah

Tolong semak penyata KWSP korang

Ada satu perkara yang aku rasa patut dikongsi dengan korang semua pasal semak penyata KWSP. Baru-baru ni aku semak penyata KWSP aku dan rasa macam terkejut juga sebab ada beberapa perkara yang tak berapa kena.

Rupanya, penting sangat untuk kita semak penyata KWSP ni dari semasa ke semasa. Kadang-kadang kita mungkin tak sedar ada potongan yang salah atau mungkin majikan terlepas bayar caruman. Aku pun pernah alami benda ni, dan bila check, ada caruman yang tak masuk betul.

So, kalau korang belum semak lagi penyata KWSP, jomlah semak sekarang geng! Sekurang-kurangnya kita boleh pastikan semua dalam keadaan baik dan tak ada yang terlepas pandang. Kalau ada masalah, cepat-cepat la hubungi pihak KWSP atau HR untuk selesaikan. Pastu ada jugak member aku yang kerja tempat lain tu siap majikan tak carum KWSP. So check ye korang!

0