Wajarkah bertahan di syarikat lama atau mencari syarikat yang baru?
Hi admin, saya nak bertanya.
Saya baru sahaja bekerja dekat syarikat ni selama 4 bulan dibawah program protege. Program ni seperti sedia maklum, peserta akan diserap ke dalam syarikat sekiranya prestasi bagus. Oleh kerana elaun (bukan gaji) yang ditetapkan adalah angka yang standard, saya ingin mencari kerja di syarikat lain yang boleh menawarkan gaji yang setimpal dengan kelayakan saya (ijazah sarjana muda) dan juga pekerjaan yang kekal (permanent) untuk menyara keluarga selain meningkatkan "career growth". Untuk makluman admin, syarikat sekarang ni tidak lah toxic atau tak bagus cuma nak minta pendapat admin, wajarkah saya meneruskan pekerjaan dekat sini (terus menimba pengalaman) atau cari syarikat lain?