Saya kerja 3 minggu tanpa gaji disebabkan saya hantar notis tak sampai sebulan
Saya dah bekerja selama setahun lebih dan saya dah dapat confirmation dari company. Dalam offer letter menyatakan saya perlu letak notis 1 bulan jika hendak letak jawatan tetapi saya hanya letak selama 3 minggu sahaja kerana saya dapat tawaran untuk pergi ke kursus pada last minit dan sekarang saya perlu kerja selama 3 minggu lebih tanpa gaji dan saya terasa rugi sangat. Apa yang saya boleh lakukan sebagai pekerja??