S*** S****'s avatar'
S*** S****3 tahun yang lepasMauTanya

Contoh Cara & Hantar Surat Rasmi Berhenti Kerja Kepada Majikan?

Hi, saya boleh dikatakan seorang fresh grad dan kini saya bercadang nak berhenti kerja. Oleh itu saya nak minta pertolongan komuniti di sini tentang contoh cara dan hantar surat rasmi berhenti kerja kepada majikan. Mohon pertolongan anda semua. Terima kasih
18
nurulhuda binti amir sharimudin's avatar'
nurulhuda binti amir sharimudin3 tahun yang lepas
Sebab berhenti kerja x perlu dinyatakan. Company x de right nak tau pun. Greetings, tujuan surat, ucapan terima kasih.
0
M******* A***** B** A** B****'s avatar'
M******* A***** B** A** B****3 tahun yang lepas
👍🏻👍🏻good
0
Nurul Izwana bt Mohammad Asyri's avatar'
Nurul Izwana bt Mohammad Asyri3 tahun yang lepas
Tajuk , Tarikh . Notis nyatakan berapa hari sebelum berhenti kerja , sebab berhenti kerja.
0
maimunah's avatar'
maimunah3 tahun yang lepas
Hi, sebelum menulis dan menghantar surat rasmi berhenti kerja kepada majikan. Awak perlu tahu bahawa surat rasmi berhenti kerja mempunyai 3 bahagia yang berbeza. Bahagian 1-Tidak perlu ayat yang berbunga. Cukup dengan hanya ringkas dan padat seperti jawatan anda dan tarikh berhenti kerja. Tujuan menulis boleh namun tidak perlu terlalu terperinci. Bahagian 2-Pada bahagian ini, anda boleh kongsikan kata-kata terima kasih dan kesyukuran atas peluang pekerjaan ini. Anda juga boleh kongsikan perkara menarik seperti pengajaran yang dipelajari ketika bekerja dalam syarikat tersebut. Ingat! Anda harus meninggalkan kesan positif supaya memperoleh surat rujukan atau referral letter yang baik. Bahagian 3-Pada bahagian akhir, kongsikan niat anda untuk membantu dalam proses penyerahan jawatan ini. Akhir kata, tulis dan kongsikan yang menyatakan hasrat anda memastikan proses penyerahan jawatan berjalan lancar sehingga hari terakhir. Saya sertakan sekali template contoh surat berhenti kerja: (Nama Pekerja) (Alamat Rumah Pekerja) (Tarikh) (Nama Majikan) (Jawatan Majikan) (Nama Syarikat) (Alamat Syarikat) Tuan/Puan (Nama Pengurus) NOTIS BERHENTI KERJA SEBULAN Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya (Nama Pekerja) yang bertugas sebagai (Jawatan Sekarang) di (Nama Syarikat) ingin memaklumkan kepada pihak Tuan/Puan tentang peletakan jawatan saya berkuat kuasa pada (Tarikh Berhenti Kerja). Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk bekerja bersama Tuan/Puan selama (Jangka Masa Bekerja) serta banyak memberi tunjuk ajar dalam jawatan ini. Saya sangat gembira dan bersyukur telah berkhidmat untuk (Nama Syarikat). Dalam masa sebulan ini, saya akan menghabiskan apa-apa tugas yang belum diselesaikan. Saya juga sanggup membantu pihak Tuan/Puan dalam proses penyerahan tugas dengan lancar. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan/Puan dapat member keriasama dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, (Tanda Tangan) Nama Anda
41