Dilema Teruskan Pengajian Sarjana (Master) atau Mula Cari Kerja Tetap
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Di sini saya nk luahkan dilema saya, dan harap dapat pendapat rakan-rakan sekalian.
Saya sedang melanjutkan pengajian dalam bidang senibina (architecture) di peringkat master di IPTA. saya sekarang berusia 33, dan dijangka akan menamatkan pengajian master lagi 2 tahun (35 tahun). Masalah sekarang ialah, status saya kini adalah lulus bersyarat, dan boleh kata, cukup-cukup makan. Maknanya, prestasi saya takdelah cemerlang. Dengan prestasi cukup-cukup makan begini, dgn keadaan saya yg mungkin grad pada umur 35 tahun yg mana umur yg agak lanjut utk mulakan kerjaya, adakah patut saya berhenti belajar dan mula cari kerja tetap? Saya terfikir, kalau nk cari kerja tetap pun bkn dlm industri senibina kerana dlm industri senibina, kelulusan terkini saya (ijazah sarjana muda) hanya akan membolehkan saya utk hanya jadi arkitek pembantu (assistant architect) yg biasanya bergaji kurang dari RM2800, dgn kadar kenaikan gaji yang menyedihkan setiap tahun. Kalau saya berjaya habiskan master, dan diterima bekerja di firma senibina konvensional, besar kemungkinan gaji permulaan hanya sekitar RM3000-3500 dgn kenaikan yg menyedihkan tak sepadan dengan workload kerana kebiasaannya staff architecture biasanya akan stay back di office sampai pukul 11-12 tgh mlm. Itu sebab saya berfikir untuk pergi ke industri rekabentuk dalaman (interior design) ataupun kontraktor yang dpt memberikan gaji yang lebih berbaloi. Sebagai contoh, gaji interior designer (fresh grad ataupun junior designer) boleh mencecah RM3000 dan dgn pengalaman 2-3 tahun sahaja boleh menghampiri RM4000, walaupun dgn kelayakan kebiasaannya hanya dengan diploma sahaja. Hal ini adalah kerana, job interior design dan kontraktor lebih banyak berbanding job architecture, maka cash flow adalah lebih dlm industri kontraktor dan ID berbanding architecture. Itu yg menjadikan faktor gaji menyedihkan para pekerja dlm bidang senibina.
Faktor lain yg saya consider ialah, work culture. Budaya kerja dlm bidang architecture lebih toksik dan kurang sihat berbanding ID dan kontraktor. Arkitek lulusan master dan sarjana muda biasanya mmg akan banyak habiskan masa dan stay back di pejabat sehingga pukul 11-12 malam setiap hari dan kdg2 sampai pkul 2-3 pagi jika menghampiri deadline. Hari sabtu pun kadang2 kena masuk office, maka jika dah berkahwin, bagaimana dgn work-life balance?
Sejak saya gagal subjek studio design semester lalu, passion dan minat saya dalam seni, rekabentuk dan senibina makin berkurang dan saya makin jadi tawar hati dengan industri. Saya makin kurang berminat untuk explore dan follow banyak page di Instagram tentang seni, rekabentuk dan senibina, yang saya biasanya minat sejak mula sambung menceburkan diri dalam bidang ini pada tahun 2009. Saya jadi makin kurang minat untuk reka sesuatu, baik design 3d imaginasi sendiri, rekaan grafik yang rawak, dan sebagainya. Saya lebih memikirkan tentang apa yang nak dilakukan dalam karier dan halatuju hidup, mungkin atas sebab faktor umur, dan kerisauan terhadap masa hadapan, terutamanya tentang kerjaya.
Mohon pandangan dan pendapat rakan-rakan, adakah patut saya berhenti belajar dan terus cari kerja tetap dlm bidang ID/kontraktor, ataupun teruskan pengajian? Terima kasih