Dilemma mencari pekerjaan baru di usia 43 tahun selepas berhenti dari makan gaji selama 8 tahun untuk membesarkan anak.
Saya ada degree luar bidang dr pengalaman kerja saya. Sebelum ini saya bekerja sebagai Pengurus Akaun/PA to MD (Multitasking staff actually) selama 12 tahun selepas graduation. Selepas itu sy berhenti selama 8 tahun untuk membesarkan anak. Memandangkan ekonomi sekarang tidak berapa bagus untuk saya meneruskan perniagaan, maka saya berhasrat untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan saya. yang menjadi permasalahannya, degree saya dalam bidang yang berlainan dengan pengalaman pekerjaan saya sebelum ini. Sy mempunyai pengalaman menguruskan akaun, full set, cash flow, bank recociliation dan sbgnya..saya juga pernah menguruskan human resource management sbg cth pembayaran epf socso, pendaftaran staff baharu, gaji serta IR relation. akan tetapi apabila saya memohon untuk mendapatkan pekerjaan dlm bidang tersebut, awal2 lagi kebanyakan majikan reject my application due to,;
- alasan saya telah berhenti kerja semenjak 8 tahun lepas, mampukah saya coupe kerja dengan new system dan environment baru.
- faktor umur saya yang telah mencecah 43 tahun
- degree saya berlainan dengan pengalaman kerja sebelum ini.
- sekiranya saya mohon kerja dalam bidang account/admin saya tiada cert dlm bidang akaun.
Sukar untuk saya explain kepada bakal majikan baru yang saya seorang yang sangat berdedikasi dalam memegang amanah dan tanggungjawab. saya seorang yang multitask dan sangat setia. dan akhirnya saya masih menjadi surirumah dan tidak mendapat pekerjaan yang sepatutnya.