Pendapat? What will you do if you're in my shoes? Thank you for spending some time ❤️
Saya kerja dengan sebuah company yang majoriti chinese. Saya diterima kerja pada minggu akhir disember 2022 dan kini telah 4 bulan bekerja bersama syarikat ini. Tapi, dalam masa 4 bulan, macam-macam dugaan terjadi. Saya seorang yang bersemangat dan selalu tersenyum, tapi selepas lebih 3 bulan bekerja bersama syarikat, saya kerap migraine dan tekanan sehingga hilang diri saya sendiri. Workload terlampau banyak bagi gaji saya yang sangat rendah, tapi itu bukan masalah. Company saya banyak department. Department yang saya duduk hanya ada dua orang, iaitu senior saya dan saya. Jadi, saya bergantung pada senior untuk tunjuk ajar. Segala yang diajar, saya akan tulis nota sendiri dalam buku. Senior hanya akan ajar saya sekali sahaja berkaitan sesuatu perkara. Kemudian saya akan ulang rakaman yang saya rakam menggunakan telefon dan buat nota.
Tekanan dan perasaan semangat kerja saya merundum apabila terdapat isu antara saya dan senior. Senior selalu bercakap kasar dan menengking saya. Kadang2, apa yang diajar senior tidak betul, dan saya yang menanggung akibatnya. Saya kerap terasa hati dan berniat untuk berhenti. Saya menghantar surat berhenti pada awal bulan March 2023 dan memaklumkan kepada HR mengenai perkara ini. Hr reject resignation letter saya dan inform yang mereka akan cuba berbincang untuk memperbaiki masalah. Supervisor saya juga berjanji untuk cuba membaiki keadaan. Surat resignation saya ditolak pada hari yang sama saya hantar surat tersebut kepada pihak HR.
Keadaan berubah menjadi normal namun hanya untuk seminggu dua. Layanan senior kepada saya semakin teruk. Saya juga kerap demam dan sakit akibat tekanan yang mereka beri. Saya bukanlah jenis orang yang bergaduh dengan orang yang lebih berusia daripada saya, tapi saya tewas. Akibat tak sanggup dipersalahkan dengan perkara yang saya tidak salah, saya bergaduh dengan senior, tambahan dengan keadaan saya yang demam dan sakit. Saya tekad untuk berhenti pada hujung april, kerana saya telah menghantar surat resignation pada awal March walaupun telah direject HR. Saya juga memaklumkan kepada supervisor mengenai perkara yang terjadi dan nyatakan yang saya tak dapat go on lagi. Saya tekad berhenti kerana syarikat tak menepati janji yang mereka tawarkan untuk pujuk saya. Namun, sekarang HR memberikan surat perlanggaran kontrak, walhal saya dah hantar surat resignation pada awal March walaupun telah direject HR. Saya tak sanggup nak sambung career saya bersama company ini bukan kerana beban pekerjaan, tapi kerana rakan sekerja yang memberi impak sangat besar dalam kesihatan saya.
If you're in my shoes, what will you do?