Resignation form boleh ditolak oleh pihak majikan atau tidak ?
Hi saya nak tanya . Saya masih dalam tempoh percubaan 3 bulan dekat satu company . Dalam contract jika mahu resign perlu bagi notis 2 week . Ceritanya begini . Saya tak boleh teruskan kerja disitu sebab saya tak selesa dengan persekitaran bos suka menganggu pekerja dengan kerap menelefon untuk bermeeting dan berbincang benda yang berkaitan kerja . Yee saya faham kalau nak meeting pasal kerja itu penting . Tapi jika sehari sampai dua tiga kali telefon untuk meeting and hari hari berlaku benda yg sama dgn banyak kerja yg pending tapi nak kena siap ikot due date dgn bos asik ajak meeting jee so kerja tuh takkan dapat siap ikot yang ditetapkan . Oleh itu , saya telah bagi notis 2 week tapi ditolak oleh HR dgn alasan suruh saya fikir lagi baik baik . Tapi saya tetap tak boleh go dgn keadaan tuh and saya bagi lagi notis yg ke 2 tapi tiada respond dari pihak HR . Dan untuk pengetahun HQ berapa di selangor dan saya pulak bekerja di branch yg jauh nya dekat 300km . Setiap bulan akan kena report duty selama 3 atau 4 hari di HQ . dan kebetulan semasa kena pergi report dury di sana mak saya tak sihat and tinggal sorg . Saya telah bagitahu pihak HR situasi tersebut tapi mereka memaksa saya untuk pergi jugak and tinggalkan mak saya dalam keadaan tidak sihat sorg sorg . Mereka tetap memaksa saya pergi . Saya mengambil keputusan mendiam kan diri and tetap tidak pergi and saya masuk ke office mcm biasa tapi semasa sampai di office mereka suruh saya keluar tak boleh masuk office sbb saya kena report duty di HQ tapi saya tak pergi so saya tak boleh masuk kerja dia branch . So saya anggap kena cuti sambil boleh jaga mak saya yg tak sihat . Tetapi esok nya HR call bagitahu saya kena pergi ke HQ pada hari esok nya pergi balik hari untuk mintak tunjuk sebab kenapa tak boleh pergi report duty di HQ . Saya tanya kalau pergi saya boleh claim ke tidak segala minyak dan tol tapi mereka cakap tidak layak sbb bukan work assignment saya . Saya cakap saya tidak ada modal dan jika kesana perlukan dalam rm300 untuk minyak tol semua and semua tuh tidak boleh claim . So saya cadangkan guna google meet or by phone saja tapi mereka tetap mahukan saya pergi kesana berjumpa dorg and tidak mahu bagi claim kepada saya . Lepas pada tuh saya terus block HR dan Bos . Keadaan ini semua terjadi lepas saya bagi notis 2 week . Soalan saya boleh kee pihak majikan tolak resignation pekerja ? And lepas saya block mereka saya dikatakan lari langggar contract sedangkan saya sudah bagi notis sebelum itu tapi tidak diterima . Adakah boleh dikenakan tindakan ? Dan last jika payment in lieu tidak dilunaskan ada apa apa tindakan yg dikenakan ke keatas diri kita ? Terima kasih