ICHA TV's avatar'
ICHA TV2 tahun yang lepasMauTanya

Boleh ke staff dalam kontrak 3bulan m.i.a dan company nak report jtk atau staff bayar pampasan 1bulan gaji? disebabkan company rugi banyak disebabkan staff tsb?

Salam hi maaf saya nak tanya, ada satu staff yang sy hire dalam awal bulan june, selama 1bulan dia bekerja banyak kesalahan yang dia buat menyebabkan company rugi, tetapi company maafkan dan berulang2 ajar staff tsb sampai fahan, tetapi staff masih banyak main2 itupun company tetap beri kepercayaan untuk staff berubah, Ada satu hari pagi2 dia chat untuk tidak hadir kerja alasan anak demam jadi dia tak pasti boleh masuk ke tak dihari itu, saya habis siapa yang nak masak hari ini? suami awak tak boleh jaga ke ? dan staff pun minta untuk datang kerja lewat 2jam untuk selesaikan anak dia, saya setuju di pertengahan bulan ada lagi pagi2 dia terus bg tahu tak dapat datang kerja disebabkan pengasuh anak balik kampung secara mengejut, dan sy izinkan untuk dia cuti, jadi kedai tidak ada yang masak dan sy alami kerugian rm500+ dihari itu belum lagi barang2 makanan yang terpaksa sy buang, kemudian 4hb july sy beri Offer letter untuk tempoh probation/kontrak selama 3bulan, dan dia setuju dengan syarat2 yang sy berikan lalu sign offer letter itu dalam offer letter itu saya sertakan Nama, tempoh kontrak, jawatan apa , gaji sebulan, tarikh bermula, hari dan waktu bekerja, segala cuti emergency hendaklah di beritahu sebelum jam 12pm, kegagalan hadi didalam operasi akan diberikan surat amaran, dan segala sop company , saya tidak tulis harus sertakan notis 4minggu sebelum kerja, dan saya tidak tulis segala al dan kwsp yg akan dia terima (tetapi tetap saya akan bayar kwsp dalam tempoh probation tsb) kerana selepas tamat tempoh 3bulan, sy akan sambung lod dan berikan surat baru untuk ditanda tangani Tetapi selepas dia sign offer letter stb dan terima gaji keesokkan harinya dia terus M.I.A persoalan saya; Boleh kah sy report jtk atau diselesaikan secara budi bicara untuk staff tsb bayar pampasan 1bulan gaji untuk company? disebabkan saya alami kerugian barang yang banyak dibuang, barang yang ditinggalkan dan masa untuk mencari pekerja baru Tq sudi jwab
0
ICHA TV's avatar'
ICHA TV2 tahun yang lepas
tolong sesiapa yang lebih arif boleh bagi step untuk seterusnya
0
Nurul Qistina's avatar'
Nurul Qistina2 tahun yang lepas
Dalam situasi ini, tindakan yang boleh diambil bergantung kepada peraturan dan undang-undang yang terpakai di negara anda. Biasanya, jika seorang pekerja tidak hadir secara mendadak atau menolak untuk bekerja tanpa alasan yang sah, ada pelbagai pilihan yang boleh dilakukan oleh majikan.
0