Resignation Notice Perlu Hantar Kepada Pengurus/Bos atau HR?
Hi MauKerja. Saya nak bertanya sebab saya tak pernah resign kerja melainkan diberhentikan kerja dan dapat pampasan sebelum ni. Jadi, saya tidak tahu proses yang sebetulnya.
Saya ada hantar notice resign dekat pengurus saya. Saya cuma nak tahu, adakah pengurus saya yang akan submit notice resign saya kepada HR, atau saya sendiri yang kena submit ke HR selepas saya maklumkan kepada pengurus?
Mohon bantuan ya sebab saya tak tahu proses yang betul. Saya baru hantar beberapa hari lepas, tapi masih tiada update apa2. Nanti saya nak tanya balik kepada pengurus saya semula bila dah confirm proses yang betul. Sebab setakat ni, saya memang belum contact HR lagi, saya hantar melalui pengurus dahulu. Terima kasih ya, semoga dapat bantu saya.