COMPANY LAMA TIDAK CARUM KWSP WALAUPUN SUDAH DITOLAK DARI GAJI
Saya dah resign dari company lama pada March 2023 & kwsp saya tertunggak selama 6 bulan even dah ditolak dari gaji. Alasan majikan lama adalah tak cukup duit nak bayar kwsp staff. Staff dah buat report dengan kwsp tapi sehingga sekarang masih belum ada apa-apa tindakan. Saya whatsapp ex-boss pun dia read sahaja, tak reply. Apa yang kami staff ni perlu lakukan ya? Boleh ke kami buat report ke jtk or agensi lain untuk kes kwsp ni? Jika boleh, ke mana kami boleh buat aduan? Terima kasih.