Saya dilema protege(JKR) atau kilang(berjawatan) . Mohon pendapat sebab kilang lagi banyak benefit dr segi gaji dan elaun, tapi lari bidang.
Hi saya graduan civil engineering yang dalam dilema. Saya ada dapat tawaran protege (JKR) dalam masa yg sama dapat offer kerja kilang(berjawatan) tapi lain dari bidang yg sy belajar.. tapi gaji yang ditawarkan di kilang jauh lebih byk daripada protege yg fix and tiada elaun dan epf.. tambahan pula kilang lebih dekat berbanding dengan rumah saya dan JKR jauh, terpaksa menyewa.. jadi yang mana bagus untuk sy pilih for long term career saya.