N** F******* B**** Z*****'s avatar'
N** F******* B**** Z*****2 tahun yang lepasMauTanya

Hi admin, saya nak minta pendapat. Dah lama saya simpan perasaan dan persoalan ni.

Umur 26, sedang melanjutkan pelajaran Degree in Business Admin (Finance) secara part time. InsyaAllah lagi berbaki 2 semester lagi hingga hujung tahun ni. Maaf panjang sikit cerita saya ye. Saya ceritakan dulu latar belakang saya supaya mudah faham. Waktu Diploma in Business Studies dulu pernah intern selama 5 bulan di HR & Admin Dept. Lepas grad saya terus bekerja sebagai Admin office di sebuah company swasta kecil selama 3 tahun. Selepas 1 tahun bekerja, saya decide untuk sambung degree part time. Waktu ni, saya dah mula berada dalam environment kerja yang toxic (bos sesama bos bergaduh, manager pun suka cari salah staff, dan banyak lagi). Saya mula terdetik utk resign tapi saya sabar dan bertahan selama lagi 2 tahun. Demi pengalaman dan sebab masih ada on going kerja/project , kesian company kalau saya tinggal macam tu je, jadi saya terus bertahan lagi. Seorang demi seorang staff lain resign. Dengan PKP, Covid kemuncak waktu tu, tekanan Belajar lagi assignment lagi, berjauhan dengan keluarga, membuatkan mental health saya sangatlah teruk. Jadi cukup 3 tahun kerja di situ saya resign juga akhirnya, tengah tahun 2021. Masih zaman PKP, lockdown, saya balik ke kampung dan menganggur hampir selama setahun. Waktu tu adalah jugak kerja part time butik tapi tak lama sebab shift kerja tak sesuai dengan jadual belajar saya memerlukan cuti pada weekends. Pada Ogos 2022, saya bekerja sebagai guru tadika dan saya baru je resign pada Ogos 2023 (genap setahun). Alasan resign: kerana terlalu banyak khusus pada hari weekend yang bertentangan denganjadual belajar saya. Pada awalnya, saya sudah maklumkan jadual belajar pada majikan dan mereka terima. Lama kelamaan jadi tak best sebab asyik nama saya je yang kena bagi excuses sebab tak dapat join kursus@aktiviti. Sekarang ni saya rasa sangatlah useless, unmotivated, rendah diri, even dah besar macam ni masih mengharapkan bantuan parents, patutnya anak yang memberi, kawan-kawan ada secure job. Last semester, for the 1st time ada 1 paper failed, lagilah down. Bukan senang nak focus kerja n belajar pada 1 masa. Nak nak bila subject bertambah tough. Jadi persoalan saya: Saya berminat untuk apply kerja dalam bidang Finance/Accounting. Sebab lagi 4 bulan (semester terakhir) saya perlu jalani internship. Should be nice if saya boleh buat 2 in 1 (kerja + intern) ditempat yang sama. Tapi saya tiada langsung pengalaman dalam bidang tu. Ada ke company yang nak terima saya? Adakah saya patut apply sebagai entry level? Atau macam mana? Dalam pada masa yang sama, saya rasa tak confident dengan diri sendiri. Bantu saya bagi semangat & tips please ??. Terima kasih sudi baca. Note: sepanjang tempoh tak bekerja dulu dan until now Saya adalah cuba self-study Mandarin untuk up skills. Tapi masih tak fluent lagi.
0
Khaliluddin Taufik's avatar'
Khaliluddin Taufik2 tahun yang lepas
Salam sejahtera, terima kasih kerana berkongsi cerita dan kebimbangan anda. Saya faham bahawa anda telah menghadapi pelbagai cabaran dalam perjalanan kerja dan pendidikan anda. Pertama sekali, janganlah rasa useless atau rendah diri. Anda telah mengambil inisiatif untuk melanjutkan pelajaran dan meningkatkan kemahiran dengan belajar Mandarin. Itu sangat baik. Setiap individu mempunyai perjalanan yang berbeza, jadi janganlah membandingkan diri anda dengan orang lain. Sekarang, mengenai keinginan anda untuk bekerja dalam bidang Kewangan/Akaun tanpa pengalaman yang relevan, masih ada peluang untuk anda. Walaupun tiada pengalaman langsung dalam bidang tersebut, anda boleh menerapkan kecekapan yang anda peroleh semasa diploma dan kursus degree anda ke dalam permohonan kerja anda.Pertama, pastikan CV atau resume anda menjelaskan pendidikan anda yang berkaitan seperti Diploma Perniagaan dan Ijazah dalam Perniagaan, fokus dalam bidang Kewangan. Jika anda ada melakukan projek atau tugasan semasa pengajian anda yang mempunyai kaitan dengan Kewangan, sebutkan juga di CV anda.Kedua, gunakan pengalaman kerja terdahulu anda sebagai Admin Office dan intern di HR & Admin Dept untuk menunjukkan kemahiran penting yang boleh digunakan dalam bidang Kewangan, seperti pengurusan data, kecekapan organisasi, dan kemahiran komunikasi.Selain itu, sertakan juga keupayaan anda untuk belajar dengan cepat dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Anda boleh berkongsi contoh-contoh di mana anda berjaya menguasai projek atau tugas yang baru dan kompleks semasa pendidikan anda. Ini akan menunjukkan potensi anda untuk menjadi seorang pekerja yang proaktif dan boleh dipercayai.Apabila melamar jawatan, pertimbangkan untuk mula dengan jawatan permulaan. Ini akan memberi anda peluang untuk mempelajari dasar-dasar bidang Kewangan dan memperoleh pengalaman praktikal. Seiring dengan masa, anda boleh mendapatkan kemahiran yang diperlukan untuk memajukan kerjaya anda dalam bidang ini.Selain itu, untuk meningkatkan keyakinan diri anda, cuba cari bimbingan dan nasihat dari pakar industri atau profesional dalam bidang Kewangan. Mereka boleh memberikan pandangan dan tips yang berguna berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Sama juga, teruskan usaha belajar Mandarin anda kerana kemahiran tambahan ini dapat menjadi nilai tambah dalam pasaran kerja.Ingatlah, setiap permulaan memerlukan ketekunan dan kesabaran. Jangan lupakan daya juang dan keputusan yang telah anda tunjukkan sepanjang perjalanan anda. Terus berusaha, berfokus pada matlamat anda, dan percayalah pada potensi yang anda miliki. Semoga berjaya dalam usaha anda mencari pekerjaan dalam bidang Kewangan/ Akaun. Teruskan usaha dan jangan berputus asa. Tahniah atas pencapaian anda sejauh ini dan saya doakan yang terbaik untuk anda!
0