APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN? PRESTASI KERJA SAYA TIDAK SEBERAPA DAN PROBATION PERIOD DILANJUTKAN. TERFIKIR UNTUK CARI KERJA LAIN, NAMUN CGPA RENDAH, KERJA LAIN GAJI RENDAHD DAN SY ADA CCM KERETA
Hello MauTanya, apa kah perkara yang patut saya lakukan sekarang? Saya sekarang bekerja sebagai probation mill engineer, namun setelah 6 bulan, prestasi saya semakin menurun walaupun sudah berusaha dari pagi sampai malam. Sebelum ini, saya seorang 'fresh grade' yang menganggur selama 6 bulan sebelum bekerja di company ini. Masuk kerja pukul 7 pagi dan selalu pulan lewat malam. Namun, pihak atasan masi melabel sy sebagai tidak ada perubahan. Saya terfikir untuk mencari peluang di company lain, namun kelayakan saya kurang dengan CGPA 2.96 sahaja. Selain itu, agak susah untuk saya mencari pekerjaan lain yang mempunyai gaji yang sama. Saya perlu bayar CCM kereta di atas 1K, oleh kerana itu, susah untuk saya mengambil peluang untuk bekerja di company lain yang menawarkan gaji rendah walaupun mempunyai minat. Sila beri nasihat untuk saya wahai MauTanya.