Kenaikan gaji sebagai elaun tetapi bayaran gaji hanya basic pay semasa maternity leave
Saya dah bekerja dengan company sekarang selama 4 tahun.. Dalam 4 tahun ni ada increament, tapi dalam bentuk elaun sebanyak RM400. Saya tak berapa faham beza basic pay dan elaun, jadi saya terima je as long as ada kenaikan gaji dan selama ini tiada masalah bagi saya.
Yang saya berasa terbeban dan tidak adil adalah, sekarang saya mengandung, tapi company tiba2 buat guideline baru dan ada mention selama maternity leave majikan hanya akan bayar basic pay, dimana bagi saya sudah kerugian RM400 (yang sepatutnya kenaikan gaji saya). Apakah saya boleh suarakan semula tentang ini kepada majikan atau terima sahaja kerana kebodohan saya?