Fresh Graduate Yang Berada Didalam Dilemma. Kerja Lain Bidang
Assalamualaikum, saya seorang fresh graduate didalam bidang Construction Management. Tetapi banyak syarikat yang telah saya hadir untuk sesi temuduga namun sehingga hari ini tiada sebarang panggilan untuk ke peringkat seterusnya. Disebabkan itu, saya cuba menukar bidang untuk memasuki industri yang lain dan saya mendapat pekerjaan yang pertama didalam industri Real Estate/Property sebagai admin executive dan gaji yang ditawarkan juga tinggi dan memenuhi expectation saya. Adakah sudah tiada peluang untuk saya memasuki bidang construction yang sama dengan latar belakang saya sekiranya saya memasuki industri yang berlainan dan jawatan yang berlainan? dan saya juga ingin bertanya adakah jawatan yang saya sedang bekerja ini hanya akan berada diposisi itu sahaja? atau saya masih boleh ke posisi yang lain dan berkaitan dengan construction management berdasarkan pengalamanan kerja yang pertama adalah sebagai admin? mohon pencerahan. :(