Cuti umum tetapi d larang keluar dari premis apa hak saya yang ingin bercuti di luar premis
Saya berkerja d syarikat swasta Palm oil mill, dan seperti biasa setiap Palm oil mill ni berada d kawasan pendalam(estate) ladang sawit dan d sini mempunyai 3 gate security dan sekurang-kurangnya mengambil masa 3 untuk ke kilang(tempat saya berkerja) masuk dari simpang. Macam biasa majikan ada sediakan perumahan untuk pekerja jadi kami di sini boleh d katakan seperti sebuah kampung yang terkurung dari mana-mana pekan atau bandar, dan sebab nya saya berkata terkurung kerana kami sangat di tekan dengan undang-undang passgate untuk keluar masuk premis sama seperti masih PKP kecuali kewajipan untuk buat swab test lah . Tapi yg saya nak tahu sangat ni bila public holiday kami d bagi cuti d rumah(estet) sahaja dan d larang untuk keluar dari premis.
Contoh hari ni 09.022024
Alasan di berikan oleh mill
manager: majikan kata untuk apa kamu nak keluar-keluar bukan juga kamu cina
Untuk apa kamu mau sambut d luar.
Sayangnya saya tak dapat rakam sewaktu breffing tu untuk di jadi kan sebagai bahan bukti.
Begitulah hal kesah kami di sini tolong faham kan saya apa yang boleh dan tak boleh dengan jujur nya saya agak emosi(marah) tapi mana tahu saya ada silap itu lah saya disini nak bertanya maaf tulis panjang-panjang saya nak terangkan dengan jelas situasi kami d sini macam mana. Mohon kerjasama dengan kurang untuk faham kan saya