A*** A**** R*****'s avatar'
A*** A**** R*****1 tahun yang lepasMauTanya

Majikan tidak memberi cuti sewaktu saya masih berada di dalam tempoh latihan

Hi saya baru bekerja di sebuah syarikat fnb milik bumiputera. Saya nak tanya bolehkan majikan tersebut tidak memberi cuti kepada pekerja kerana pekerja itu baru bekerja dan masih mengikuti latihan? Saya telah mengikuti latihan mereka termasuk hari ini 7 hari tanpa cuti dan shift yang mereka aturkan sangat tidak sistematik kerana shift yang mereka atur membuatkan saya keletihan kerana tidak cukup tidur. Saya berasa sangat pelik kerana sepanjang pengalaman saya bekerja dengan syarikat fnb yang lain bermula dari umur 18 sehingga sekarang 28 tahun, saya tidak pernah dapat shift yang agak mengarut sehingga saya keletihan kerana syarikat² sebelum ini mengatur shift sangat baik jikalau perlu ot hari seterusnya akan jadi hari rehat tidak seperti syarikat ini saya perlu ot dan shift seterusnya saya bekerja shift pagi. Setiap hari saya akan mengantuk dan letih. Saya takut ia akan menjejaskan prestasi saya dan keselamatan saya sewaktu bekerja kerana saya berkerja di dapur. Sila kongsikan pendapat anda semua terima kasih!✌?
0
Nurul Azira's avatar'
Nurul Azira1 tahun yang lepas
Majikan sepatutnya memberi cuti kepada pekerja mengikut undang-undang buruh yang terpakai. Walaupun pekerja masih dalam tempoh latihan, mereka juga mempunyai hak untuk mendapat cuti mengikut peraturan yang diperlukan. Jika pekerja mengalami keletihan dan kurang tidur disebabkan oleh shift kerja yang tidak sistematik, majikan perlu mengambil tindakan untuk memastikan keselamatan pekerja di tempat kerja. Sebagai pekerja, anda juga boleh berbincang dengan majikan mengenai masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian yang bersesuaian. Jangan ragu untuk meminta bantuan daripada pihak berkuasa yang berkaitan jika terdapat penyelewengan undang-undang buruh.
0