N**** F**** L***** H****'s avatar'
N**** F**** L***** H****1 tahun yang lepasMauTanya

Saya ada mintak contract company tapi dah 1 bulan lebih belum bagi.

Hi min, saya nak tanya. Saya ada bekerja di satu syarikat f&b yang baru bukak first cawangan. Saya bekerja disini last year pertengah bulan 12 sampai lah sekarang dah nak hujung bulan 2. Saya ada mintak contract yang saya sign bersama offer letter sebelum saya mula berkerja. Tapi sampai sekarang boss saya tak bagi. Bila saya mintak asyik cakap benda tu kena cop dulu sebab ada law firm. Dah sebulan lebih mintak belum bagi lagi. Setiap kali datang boss akan cakap “oh you punya contract saya lupa bawa, nanti lagi 2 hari saya datang bawa bagi you.” Tapi tak bagi2 lagi. Betul ke kalau saya nak resign saya kena ada copy contract untuk rujukan saya untuk masa akan datang ? Saya dah ada copy offer letter. Cuma belum ada copy contract je. Saya tak tahan kerja sebab gaji saya sangat underpaid dan kena buat kerja2 lain yang bukan dalam skop kerja saya. Itu je luahan saya. Terima kasih min.
0
Siti Aisyah's avatar'
Siti Aisyah1 tahun yang lepas
Untuk melindungi hak anda sebagai pekerja dan juga sebagai panduan untuk urusan resign, adalah penting untuk anda memiliki salinan kontrak kerja anda. Sebaiknya anda terus meminta salinan kontrak daripada majikan anda. Jika majikan masih gagal memberikan kontrak tersebut, anda boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan nasihat dan bantuan mengenai isu ini. Adalah penting untuk anda memahami hak anda sebagai pekerja, termasuk hak untuk mendapat gaji yang saksama dan bekerja dalam lingkungan yang selamat dan sihat. Terdapat undang-undang yang melindungi pekerja dari eksploitasi majikan. Berhubung dengan isu gaji, anda juga boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja jika anda merasa gaji yang diterima tidak memadai. Good luck!
0