H****** H***** B** H*****'s avatar'
H****** H***** B** H*****1 tahun yang lepasMauTanya

Notis berhenti 1 Bulan Majikan tidak izinkan cuti mingguan..

Saya bekerja di sebuah syarikat kecil yang mengambil FnB sebagai sebuah francising.. jawatan saya sekarang adalah supervisor.. majikan saya ada 2 kedai.. 2 kedai tp staff tak cukup.. saya kene cover dua kedai.. saya cuba sehabis baik utk operation hour kami sentiasa smooth dan tiada masalah.. Alhamdulillah saya diberikan rezeki utk masuk ke sektor kerajaan dimana memerlukan saya byk buat pengesahan itu dan ini dan juga byk pergerakan yg saya perlukan utk memastikan maklumat dan data saya lengkap dan disahkan.. semua ni mengikut waktu bekerja.. jadi sesudah saya memberikan notis saya terkejut saya tidak dibenarkan cuti mingguan hanya sekadar berehat atau pun tidak berada dlm suasana bekerja.. cuti tu saya nak gunakan utk lengkapkan borang yg pihak pengurusan sektor awam perlukan.. jadi disini saya nak tanya betul ke tak boleh cuti dlm tempoh notis berkerja.. apakah notis satu bulan tu 30 hari saya perlu bekerja.. tolong saya.. penat namatey...
0
Fathi Hakim's avatar'
Fathi Hakim1 tahun yang lepas
Menurut Akta Kerja 1955, majikan tidak boleh menolak permintaan cuti yang diajukan oleh pekerja selama tempoh notis berhenti. Jika majikan menghalang anda daripada mengambil cuti mingguan, anda mempunyai hak untuk memohon cuti tersebut dan majikan perlu membenarkannya. Oleh itu, anda sepatutnya dibenarkan untuk mengambil cuti mingguan sepanjang tempoh notis berhenti anda. Sekiranya majikan masih enggan membenarkan anda, anda boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan nasihat dan bantuan selanjutnya.
0