Pemberhentian kerja & bayaran pampasan (namun terdapat kekeliruan berkenaan kontrak/offer letter)
Saya telah bekerja di company A selama 3 tahun, kemudian saya resign & kerja di company lain. Selepas sebulan, saya telah masuk bekerja semula dgn company A. Tapi tidak ada diberi & ditandatangani kontrak baharu. Setelah saya minta dari manager, saya diberitahu agar terus sambung saja menggunakan kontrak yg lama. Skrg, setelah setahun lebih, company A telah memberi termination letter, atas sebab company mengalami masalah ekonomi.
Dari segi pembayaran pampasan, sepatutnya company perlu bayar berdasarkan brp tahun bekerja. Persoalannya, memandangkan mereka tidak memberi kontrak baru sewaktu sy masuk bekerja kali kedua, adakah sy termaktub di bawah kontrak pertama yg ditandatangani dahulu? Dan adakah ini bermaksud mereka perlu bayar pampasan dgn mengambil kira tahun2 bekerja sebelum sy resign tempoh hari?