Tidak layak mendapat AL selepas 11 bulan bekerja di syarikat X
Saya perlukan confirmation, saya ada 3 soalan:
1. Boleh ke syarikat salah tulis nama kita pada surat tawaran bekerja? Masih legit ke surat tersebut?
2. Di dalam surat tawaran tulis waktu bekerja 8.30AM sehingga 6.00PM tapi kenyataannya saya balik Isnin hingga Jumaat pukul 6.15PM, macam mana ya tu?
3. Berkenaan cuti tahunan, dalam surat tawaran dia tulis macam ni "Anda layak mendapat cuti tahunan seperti berikut jika berjaya melengkapkan 12 bulan perkhidmatan syarikat:-
a) 8 hari kalendar jika tempoh berkhidmat kurang daripada 2 tahun
b) 12 hari kalendar jika tempoh berkhimat lebih daripada 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun
c) 16 hari kalendar jika tempoh berkhidmat lebih daripada 5 tahun" soalan saya adalah di dalam surat tawaran hanya tulis sekiranya saya cukup 12 bulan baru saya boleh guna AL untuk 8 hari, masih boleh ke kalau saya dapat prorata untuk cuti tahunan? means saya dah kerja selama 11 bulan, saya cuma nak prorata cuti tahunan dari tempoh bulan yang saya dah kerja.
Terima kasih.