F**** I***** B* M*** F****'s avatar'
F**** I***** B* M*** F****1 tahun yang lepasMauTanya

Time Slip (Adakah perlu bayar gaji atau pekerja masih perlu apply cuti)

Hi, saya nak bertanya jika pekerja keluar atas urusan appointment untuk berjumpa dgn dr dan dia mengambil time slip adakah gaji nya dikira? atau perlu apply AL kerana time slip hanya bukti sahaja bahawa dia telah berjumpa dr atau pergi ke klinik. Dalam kes saya, pekerja telah mengambil time slip selama 4 jam dari 8am-12pm. Mohon pencerahan berkenaan hal ini.

Terima kasih.

1
Siti Rohani's avatar'
Siti Rohani11 bulan yang lepas
Biasanya, kalau pekerja keluar untuk jumpa doktor dan ada time slip, gaji masih dikira. Tapi, ikut juga polisi syarikat. Ada syarikat yang akan tolak dari cuti tahunan (AL) walaupun ada time slip. Jadi, baiknya check dengan HR dulu untuk tahu apa prosedur syarikat korang.
0
Siti Nurain's avatar'
Siti Nurain1 tahun yang lepas
Pekerja masih perlu apply cuti jika mereka keluar atas urusan appointment untuk berjumpa dengan doktor dan mengambil time slip sebagai bukti. Gaji pekerja tidak akan dikira untuk waktu yang mereka berada di luar tempat kerja tanpa cuti yang diluluskan. Time slip hanya digunakan sebagai bukti sahaja. Jadi, pekerja perlu memohon cuti untuk tempoh yang mereka tidak berada di tempat kerja untuk berjumpa dengan doktor atau ke klinik.
0