Permasalahn berkaitan tidak dapat bertahan lama dlm sesuatu pekerjaan.
Saya merupakan lpsan ijazah dan kerap kali bertukar pekerjaan. Tempoh paling lama saya bertahan di sebuat syarikat ialah sebulan. Saya juga pernah menggangur hampir 3-7 bulan. Permohonan saya juga sering ditolak kerana over qualify. Malah pekerjaan yg saya inginkn memerlukan saya berhijrah ke ibu kota. Tetapi malangnya saya tidak mendpt restu dr keluarga saya. Sekarang saya dh berputus asa dalam mencari pekerjaan di samping usia saya yg semakin bertambah. Ada satu tahap di mana saya ingin menyendiri dan terasing dari masyarakat. Bila saya memulakn sesuatu pekerjaan baharu kadang kala saya jadi takut dek kerana pengalaman kerja terdahulu seperti ditindas majikan, tidak dibayar gaji dan tekanan emosi. Adakah ini normal min? Apa yg perlu saya buat? Saya ad menyurakan masalah ini pd keluarga saya, tetapi krn saya sering bertukar kerja, keluarga saya juga sudah tidak ambil peduli.