WITHDRAW LEPAS SIGNED OFFER LETTER
Saya sekarang bekerja di Company A dan decide untuk resign atas alasan gaji yang agak rendah.
Bulan lepas, ex-company offer keje semula dan gaji yang ditawarkan better dari Company A. Saya pun sudah signed offer letter.
During tempoh termination period, boss Company A counter offer gaji dan saya rasa berbaloi untuk stay memandangkan increment gaji naik agak tinggi (rendah dari Ex-company offer tapi at least saya tak perlu menyewa).
Saya inform kepada ex-company untuk withdraw dari join semula after 2 weeks dari tarikh signed offer letter. Dan saya pun belum lagi lapor diri dari tarikh mula.
Ex-company terus mintak bayaran penalty 2 bulan gaji. HR mulanya kata nak bawak kes ke jtk tapi bila saya call jtk berkenaan dorang kata belum terima kes saya.. HR pun mcm mendesak untuk saya bayar terus tanpa perlu dorg bukak kes.
Any advice untuk masalah ini? Perlu ke saya bayar terus? Tapi saya rasa better untuk tunggu kes bukak dulu manatau kena bayar nominal charge sahaja ke?
Saya pun baru je bekerja 2 tahun jadi tak banyak experience berkenaan isu2 seperti ini.
Harap ada yg sudi bagi pandangan.