Wajarkah menerima kerja yang memerlukan kemasukan dengan kadar segera ?
Saya ingin bertanya adakah patut atau tidak untuk saya menerima tawaran kerja dengan sebuah company dari China dalam sesuatu project (estimate project duration: Feb 2024 - Oct 2024) yang memerlukan saya agar melapor diri pada hari Selasa ini dengan alasan mereka urgent memerlukan pekerja. Saya merasakan bahawa tindakan mereka itu agak tergesa gesa dan saya juga belum menyediakan barang keperluan lain walaupun tempat kerja tersebut berada dalam negeri sendiri. Buat masa sekarang, saya masih belum mempunyai kerja namun saya khuatir jika saya menerima kerja tersebut, tempat tersebut toxic. Namun dalam masa yang sama, saya mahu kerja cuma saya agak kurang berkenan dengan tindakan mereka yang menginginkan saya untuk lapor diri pada hari Selasa ini.