Probation period - Boleh ke resign dalam notis singkat selepas cukup tempoh probation
Hai, saya nak tanya. Ketika sign surat probation 3 bulan, ada agreement menyatakan sekiranya nak berhenti/diberhentikan, perlu ada notis 2 minggu sekurangnya. Namun, selepas probation period. cukup saja 3 bulan dari tarikh masuk kerja, majikan memberi saya confirmation letter, tapi saya tolak dan menyatakan hasrat untuk berhenti. Syarikat meminta saya memberikan notis berhenti selama sebulan dan saya menolak kerana didalam surat probation hanya meminta 2 minggu (sekiranya saya ingin berhenti dalam tempoh probation). Namun, saya ingin berhenti selepas tempoh probation dan saya masih belum tanda tangani surat confirmation. Mohon berikan pendapat dan advise untuk saya.