NUR FATEHAH BINTI ZAIDI's avatar'
NUR FATEHAH BINTI ZAIDI4 bulan yang lepasMauTanya

Behenti kerja awal sebelum tarikh notis

Dalam kontrak syarikat,saya perlu beri notis 2 bulan untuk berhenti kerja(1/9/2024-1/11/2024).Tetapi saya berhenti awal sebelum tarikh notis atas sebab-sebab tertentu.Saya nak tanya ,majikan boleh ambil tindakan untuk bayaran ganti rugi ke kalau dalam kontrak tawaran kerja tidak ada menulis mengenai bayaran ganti rugi kalau pekerja berhenti awal sebelum tarikh notis?

1
S*** R*****'s avatar'
S*** R*****4 bulan yang lepas
Jika kontrak anda mewajibkan notis 2 bulan tetapi tidak menyatakan bayaran ganti rugi jika berhenti awal, majikan masih boleh mengambil tindakan berdasarkan prinsip undang-undang buruh atau kontrak. Di bawah Akta Kerja 1955, anda mungkin perlu membayar gaji untuk baki tempoh notis, melainkan majikan bersetuju untuk melepaskan anda tanpa bayaran ganti rugi. Adalah disarankan untuk berbincang dengan majikan bagi mencapai penyelesaian yang baik.
0