F******* F*****'s avatar'
F******* F*****1 minggu yang lepasMauTanya

Majikan hold gaji boleh tak walaupun pekerja tarik balik surat perletakan jawatan ?

Saya nak tanya, majikan bolehkah hold gaji saya sebab saya hantar notis 24 jam(jumaat) tidak mengikut syarat offer letter yang diberikan ? Perlu hantar notis 1 bulan dalam offer letter . Jadi saya tarik balik surat perletakan jawatan saya secara lisan kerana tiada waktu ketika itu untuk membuat surat, dan saya memberitahu pada HR yang saya akan masuk semula pada hari isnin minggu hadapan . Tarikh gaji masuk pada dua hari selepas saya hantar surat tersebut .

Hantar surat resign (3hb)

Tarik balik perletakan jawatan(3hb)

Tarikh gaji sepatutnya(5hb)

1
N**** A** R****'s avatar'
N**** A** R****1 minggu yang lepas
Dlm situasi ni, majikan bleh berpegang pd terma dlm offer letter yang menetapkan notis 1 bulan. Kalau notis 24 jam yang diberikan tak ikut syarat, majikan berhak untuk ambil tindakan tertentu, termasuk hold gaji, kerana melanggar syarat kontrak. Tapi, jika cik dah tarik balik perletakan jawatan secara lisan dan terus beri notis yang betul, sepatutnya gaji tetap dibayar seperti yang dijadualkan, kecuali ada sebab lain yang sah. Sebaiknya, berbincang dengan HR untuk selesaikan perkara ni dulu ye.
0