Sambung belajar degree in Project and Facility Management OUM
Saya nk tanya , saya berminat untuk sambung belajar dalam Project and Facility Management di OUM . Sekarang berkerja dalam bidang constructioN sebagai safety supervisor. Okay ke kursus ini untuk saya sambung?
Sebab dalam jangka masa panjang nanti saya kalau boleh xnak berkerja di suasana site sebab bnyk berpindah dan akan jadi isu bila berkeluarga kelak. Jadi dengan sambung belajar kursus ini , boleh ke diguna pakai untuk berkerja di office ? atau HQ . yang tidak akan berpindah2 berdasarkan project seperti construction? Sebagai contoh di Petronas HQ atau Shell HQ , dan tidak di pelantar atau site.
Selain itu , FAQS di OUM mengatakan career pathway ialah Project Manager. Tapi apakah jawatan dan position yg bersesuaian dengan kursus ini untuk posisi pemula atau fresh graduate? dan apakah flow kerjaya dari awal utk sampai ke posisi tertinggi sekirang ingin berkerja di HQ atau office .
Terima kasih kerana membantu org muda seperti saya yang masih kabur mencari masa depan ini. Moga budi anda dibalas kelak.