Nak tanya sikit dengan korang dlm ni...korang tahu tak bila KWSP akan umumkan dividen untuk tahun 2024?
S*** R*****•3 minggu yang lepas
Biasanya, KWSP umumkan dividen untuk tahun sebelumnya pada suku pertama tahun semasa, sekitar Februari hingga Mac. Contohnya, dividen untuk tahun 2023 diumumkan pada 3 Mac 2024.
Jadi, untuk dividen tahun 2024, kita boleh jangka pengumuman dibuat pada Februari atau Mac 2025. KWSP akan maklumkan secara rasmi melalui media massa dan laman web mereka.