A*** A****'s avatar'
A*** A****4 bulan yang lepasMauTanya

Penalti atau denda daripada majikan

Seorang pekerja baru sahaja menandatangani kontrak pekerjaan, dan belum melaporkan diri pada hari yang sepatutnya. Sehari sebelum hari lapor diri, pekerja itu menolak tawaran tersebut. Disebabkan itu, bolehkah majikan mengenakan penalti kepada pekerja itu ?

1
S*** R*****'s avatar'
S*** R*****2 minggu yang lepas
Kalau pekerja dah tandatangan kontrak tapi belum mula bekerja, secara teknikal dia masih terikat dengan syarat dalam kontrak tu. Jadi, kalau ada klausa penalti atau ganti rugi dinyatakan, majikan boleh cuba tuntut. Tapi realitinya, kebanyakan majikan jarang ambil tindakan undang-undang sebab kos dan prosesnya lebih besar berbanding kerugian sebenar. Jadi secara praktikal, pekerja biasanya boleh tarik diri tanpa penalti berat kecuali memang jelas termaktub dalam kontrak.
0