Luahan Perasaan Sebab Tidak Dapat Gaji 6 Bulan.. Gaji Masih Dibayar Tetapi Secara Sikit-sikit Sampai Saya Terpaksa Menggunakan Wang Simpanan Sendiri. Wang Simpanan pon Dah Nak Kering. Sedih Tiap2 Hari
Hi admin, saya hendak bertanya.
Saya berkerja pada satu syarikat ni dh 1 tahun 4 bulan. Tapi masih tak dapat official letter. Saya berhasrat ingin berhenti kerja kerana saya dah 6 bulan gaji tidak dibayar. Sebelum ni gaji dibayar full, tapi smakin lama gaji dibayar scara sikit2. Sampai la sekarang saya masih tidak dapat bayaran full. Masa dalam perbincangan, company ni janji akan bayar balik smua tunggakan tapi sudah nak masuk tahun baru still tak nampak apa2 perubahan. Saya sedih kerana saya terpaksa menggunakan wang simpanan saya sendiri sehingga sudah hampir kering utk cover kos sara hidup saya. Boleh ke saya berhenti terus atau saya kena bagi notis berhenti kerja? sebb saya masih tak dapat official letter walaupun saya dah berkerja 1 tahun 4 bulan. Saya buntu. Harap admin dan sapa2 yang boleh bagi pandangan dapat bantu saya