Insan yang bekerja gaji tidak seberapa lalu dianaya. Bagaiman masa depanku nanti ?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Min minta tolong hide details saya ya.
Saya bekerja di sebuah syarikat swasta. Sy baru masuk masa awal tahun. Dari awal saya masuk sampai sekarang tak ada penolakkan kwsp dan gaji sentiasa lambat melebihi 10hb. Masa pkp bulan 6-9 tu kadang gaji sangkut sampai 2 bulan. Sy faham keadaan syarikat. Jadi sy bekerja part time malam untuk tanggung anak2 dan isteri.
Baru ni boss bagi tahu yang sekiranya JDT menang perlawanan menentang KL malam ni syarikat tetap kerja ( tak pasti samada akan dibayar double atau tidak ) patut ke saya bekerja juga jika menang ?
Tu tak cerita lagi bab mask yang hari2 dia bising pada saya dan bangla. Sedangkan kaum dia sendiri pun selalu tak pakai mask.
Jadi soalan saya di sini. Apakah patut saya report pada pejabat buruh tentang gaji yang dibayar lambat dan kwsp tak pernah potong sejak sy bekerja disini ?
Staff disini baik2 dan boss juga santai. Tapi kadang2 benda macam ni buat saya stress memikirkan masa depan anak2 dan isteri saya.
Minta tolong admin siarkan dan saya harap dapat pertolongan dari netizen ???