MASUK COMPANY LAMA SUDAH 2 THEN KERJA 2 MINGGU DAPAT OFFER DARI COMPANY BARU.
Dulu saya pernah bekerja di syarikat A, dri dec 2021 sehingga feb 22. mereka tamatkan contract sy atas faktor supervisor sy pecah amanah dan kebetulan saya nak bersalin. bulan 3 saya bersalin, selapas pantang bulan 5 sy cari kerja. Jadi Syarikat A masih kosong, mereka tawarkan saya kerja. Saya diterima masuk semula jun 22 sehingga mei 23 kerana saya dapat kerja baru sebgai receptionist si sebuah golf club. Gaji tak perlu cakap dari RM 1500 Saya ditawarkan RM2400. Saya memilih untuk masuk ke Golf club. Namun saya bekerja disitu dari jun 23 sehingga feb 24 shj, atas faktor waktu bekerja dan masalah penjagaan anak. Kemudian pada saya diterima masuk semula ke Syarikat A kerana mereka tiada staff sepanjang saya berhenti dan gaji yang ditawarkan RM1800. Saya bekrja under agent tpi berkhidmat di Golf club dan company yang handle golf itu hanya Penyewa bukan owner. Nak dijadikan cerita Director Owner golf hubungi saya untuk menawarkan kerja Sebgai Admin dgn gaji RM2500 Waktu office hour dan public holiday cuti. Director itu kata dia juga nampak kempuan bekerja saya Ketika saya bekerja di Reception. Dia menyatakan hasrat dia akan pastikan saya dapat gaji yang dia tawarkan, saya hanya perlu iv shj. Saya rasa berminat dengan Jawatan ADMIN kerana saya ingin meluaskan lagi pengalaman kerja saya. Disyarikat A, Saya perlu cari sales kerja tak penat setakat duduk tunggu cust dtg dan hubungi cust itu shj. Namun saya risau dengan pendapat dri pihak Syarikat A Kerana saya baru bekerja disini 2 minggu. saya masuk ke Syarikat A kerana saya sudah tahu selok belok kerja dan Syarikat lain pun menawarkan gaji lebih kurang sama. Sekarang saya rasa keliru dengan keputusan saya. Apa yg saya perlu lakukan?