Impak jarak pengganguran dalam resume dan pemilihan pekerjaan yang tidak memenuhi 100% kreteria syarikat
Saya lepasan diploma dalam bidang engineering. Selepas tamat latihan industri saya selama 6 bulan (berpengalaman dalam kerja technical), saya menggangur selama 2 bulan dan kemudian bekerja sebagai retail assistant disyarikat f&b (mengambil pengalaman luar dari bidang). Setelah 4 bulan saya berhenti kerana waktu bekerja yang sangat tidak fleksible. Sekarang saya telah menggangur selama 4 bulan. Banyak job description yang dipaparkan di job application yang berkaitan bidang saya tapi saya tidak dapat memenuhi kreteria mereka sebanyak 100% dalam iklan tersebut (dalam anggaran 65% dapat dipenuhi). Adakah itu normal? Dan adakah jangka masa pengganguran saya memberi kesan negatif kepada saya untuk mendapat peluang pekerjaan?