N** E****** R***** B**** S*****'s avatar'
N** E****** R***** B**** S*****•4 tahun yang lepasOther Career Advice

Pengalaman @ Gaji. Yang manakah lebih penting pada saat ini?

Hai. Saya merupakan fresh grad dalam bidang pendidikan. Posting graduan pendidikan kebelakangan ini ambil masa yg agak lama. Jadi, sebagai persediaan, saya banyak memohon pekerjaan di luar bidang saya. Kini, saya bekerja sebagai Admin Assistant di sebuah syarikat kereta. Gaji di 1.3K. Tugas saya selain melakukan kerja admin, saya perlu menjaga bahagian cashier, melayan Customer, berulang alik ke branch kereta yg lain (Brand berbeza) hanya utk mengambil alat tulis (arahan bos), dan juga mencuci toilet. Sudah 6 bulan saya bekerja di sini, tiada kenaikan gaji lagi (Pada waktu temuduga bos ada menyatakan setelah 3 bulan bekerja akan ada kenaikan). Staf di situ ramai yg keluar masuk. Disebabkan pandemik dan peluang pekerjaan terbatas, saya masih stay bekerja di situ. Kemudian, saya dapati rakan saya bekerja sebagai operator kilang dan sebulan gajinya mencecah 2K lebih (termasuk OT). Saya perlukan pendapat. 1) Adakah berbaloi jika saya perlu bekerja 3,4 tugas utk gaji sebegitu atau bekerja sebagai operator yg memang khusus bahagian operator dgn gaji yg besar? 2) Adakah saya sebagai graduan, perlu memikirkan pengalaman pekerjaan yg perlu mengikut kelayakan saya? Walaupun saya perlu bekerja 3,4 tugas dgn 1 gaji, namun ianya bagus untuk market value saya dimasukkan ke dalam resume. Saya bimbang jika saya ingin mengembang kerjaya diri saya di masa hadapan, pihak penemuduga melihat pengalaman kerjaya sebagai operator kilang, mereka berfikir saya kurang pengalaman dalam soft skills saya. Of course majikan akan ambil yg berpengalaman. Dan juga jujur saya katakan dengan komitmen yg ada kini, memerlukan saya utk mendapatkan gaji yg stabil. Tambahan lagi, pelbagai kerja sudah saya mohon. Masih menunggu keputusan. Itu sahaja pertanyaan dari saya. Terima Kasih banyak-banyak saya ucapkan pada yg memberi respon pada saya.
2
N** A*** S****** B**** R****'s avatar'
N** A*** S****** B**** R****•4 tahun yang lepas
melalui penceritaan awk, keje yg awk buat tidak ada added value sgt pun utk kukuhkan soft skills yg ada. Disebabkan awk ada background education.. cuba awk apply jdi guru tuisyen dulu.. atau awk boleh buka kelas membaca online sendiri. Dari situ, dpt asah pedagogy skill awk mendepani pelajar.. Sy juga graduan pendidikan, menunggu iv posting yg lama buat sy tak senang duduk jdi sy mohon sekolah swasta.. gaji rendah pun takpe janji sy dpt polish diri sy dlm bidang ini 😊😊
0
Mohd Hafiz Bin Mohd Ali's avatar'
Mohd Hafiz Bin Mohd Ali•3 tahun yang lepas
Majikan di KL dan Selangor nak "unskilled" dibayar gaji Unskilled namun hasil kerja harus seperti technician atau skilled worker!!!simple...hehehehe
1
N** F****** B**** A** H**** *'s avatar'
N** F****** B**** A** H**** *•4 tahun yang lepas
dgn pengalaman & education yang awak ada, sebaiknya awak cari pengalaman yang fokus dlm bidang yang awak mahukan. tak salah untuk bekerja luar bidang sbb bila tulis resume nanti, awak boleh tuliskan pengalaman awak yg fokus pada kerja yg awak mintak tu. tak semestinya kerja kilang tidak membantu pengalaman awak. apa saja pekerjaan, ia adalah pengalaman untuk awak membentuk hard skills & soft skills. sekaligus awak boleh demand gaji.
0
Mohamad Supi Othman's avatar'
Mohamad Supi Othman•4 tahun yang lepas
experience is everything although salary is honestly still important as well to meet the demands of today's life
0
Nabiel bin Mohd Azmi's avatar'
Nabiel bin Mohd Azmi•4 tahun yang lepas
Bagi saya, pengalaman first. Tapi kalau awak betul2 perlukan duit, just go with gaji even kerja operator. Next bila dah ada duit, minta la kerja awak nak or apply as admin kat syarikat operator.
1
Mohamad Amar bin Razali's avatar'
Mohamad Amar bin Razali•3 tahun yang lepas
Pada awalnya carilah pengalaman yg boleh tingkatkan value dalam diri. Bg saya jobscope yg awak lakukan skrg kurang mengasah skills awak tp lebih kpd syarikat ambil kesempatan. Utk awalnya, cari krja yg bleh asah skills for future benefit
2
F***** F*** A***'s avatar'
F***** F*** A***•4 tahun yang lepas
Gaji musim covid
2
Amirul Fadhlan Bin Mohd Akmal's avatar'
Amirul Fadhlan Bin Mohd Akmal•4 tahun yang lepas
Pengalaman
1