Daut's avatar'
Daut1 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Apa yang perlu saya buat jika

Saya ni budak lepasan uni UPM, dulu belajar Pure Chemistry tapi aku ok je keje sbagai pape pun aku bersyukur asal x dok rumah, aku kena ada income sendiri utk survive sendiri, tak kan la nak makan duit dari mak ayah je kan. Jadi Al-kisahnya, pada tahun 2019, aku dah terdesak sangat dah nak keje, keje pape pun boleh. Maka, jadilah aku sebagai seorang cleaner kat satu airport ni, start keje jun 2019. Perjalanan keje semua dgn company ni ok je, xde masalah, gaji pun ok. Seribu ke atas la. Bersyukur. Cuma yg tak bersyukurnya adalah dlm surat lantikan keje ckp ada caruman kwsp tapi xde pon masuk caruman. Gaji aku ok je min, cuma kesian gak bila tgk aunty2 cleaner yg lain mengeluh, gaji dipotong smpai ratus tpi x masuk2 akaun kwsp? Tapi bila masuk tahun 2020, kene tukar company lak. So tukar la company ni pada bulan feb 2020. Mula2 happy sangat dgn janji2 manis company. Kita panggil je company baru ni company G la ye. Antara janji2 manis company G ni termasuklah akn membayar gaji on time, biar ribut taufan gempa bumi menimpa, gaji mmg akan dibayar on time. Lepastu ada la harapan kata “pengarah” company G ni nak buat caruman kwsp. Gembira sungguh hati kami. Tpi lepas first meeting bersama “pengarah”, ada lak meeting dgn kerani dier, kerani dier boleh pula ckp big boss xleh nak carum kwsp sbb takut duit x cukup. Hancur luluh min? gaji pokok pun x capai gaji minima 2020. Rm1100 je boleh bagi. Kami redha je la. KWSP xde, gaji pun rm1100, SOCSO PERKESO pun xde. Kami redha je, asal gaji dibayar on time. Mula la bekeja, gaji bulan pertama tu ok, masuk on time. Bersyukur. Masuk bulan kedua ehhh boleh pula gaji dibayar lambat, sampai 2 minggu terpaksa tahan lapar min sbb xde duit. Bila masuk musim pkp pula, perbincangan dgn staf cleaner pun xde, dtg2 je trus diberitahu gaji dipotong dan hnya dtg keje selang seli. Mula la kami ni survive dengan gaji rm 700 sebulan? Bulan ni pun dh masuk 2 minggu dh tunggu gaji rm700 nak masuk. Semua beban utk buat aduan ke JTK dan membuat tuntutan kes buruh ni disandang kepada saya min. Saya agak bingung sbb takut juga sebab nak jaga kerja juga. Saya buntu, min.
0
A***** F**** B**** Z*****'s avatar'
A***** F**** B**** Z*****4 tahun yang lepas
Cari kerja lain dahulu untuk mengelakkan konflik dengan company sekarang. Lepas kerja dah dapat kerja, baru buat report jtk. Cari kerja waktu sekarang memang tak mudah. Tapi tak mustahil untuk dapat. Simpan duit untuk masuk mana-mana bengkel interview. Yang saya sarankan career cube. Bengkel tersebut ajar dari susun resume sampai interview. Semoga urusan dipermudahkan.
0
N******** M* N**'s avatar'
N******** M* N**4 tahun yang lepas
Report ke KWSP. Nanti officer dia akan DTG audit. Tunggu la compound.
0
Rafiq Mohammad's avatar'
Rafiq Mohammad4 tahun yang lepas

1) Klau gaji dh kena potong utk tujuan caruman KWSP, PERKESO & SIP tapi bila kita semak takda sebarang caruman pn yg dibuat segera laporkan kepada terbabit iaitu KWSP & PERKESO. (p/s: jgn plak bendul pergi balai polis dgn JTK utk buat laporan sbb pihak tersebut tiada kuasa dlm perkara berkaitan caruman.)


2) Klau masalah berkaitan gaji yg dibayar tak ikut Perintah Gaji Minimum 2020 (sekarang RM1200 bg bandar2 utama shj) segera laporkan kpd JTK. Ha yg ni baru bidang kuasa JTK.


3) Sblm nk pergi buat laporan kumpulkan segala bukti spt surat lantikan kerja, terma & syarat kerja, slip gaji. Klau blh pergi dgn rakan2 sekerja yg lain yg mana terlibat sama. Jadi nanti kes akan difailkan mengikut nama2 pekerja yg ditindas. Klau awak pergi sorang maknanya tuntutan tu atas nama awak shj bkn utk pekerja yg lain.


4) Utk makluman caruman KWSP, PERKESO & SIP adalah wajib bg semua pekerja sama ada status pekerja tetap, sementara, sambilan atau lain2. Caruman akan mula dipotong pd bln pertama anda bekerja. Tiada sebarang penanggguhan atau pengecualian utk caruman tersebut. Wajib tetap wajib.


5) Gaji wajib dibayar selewat-lewatnya 7 hari dr tarikh yg ditetapkan. Cth klau gaji dibayar ditetapkan pd 30hb, paling lewat majikan kena bayar gaji adalah sblm 6 atau 7hb bln berikutnya tgk la kalendar bln tu 30/31 hari. Jadi klau lewat lbh dr tempoh tersebut segera laporkan ke JTK.


6) Dlm waktu pandemik mcm sekarang ni, klau ada sebarang pengurangan gaji dan sebagainya perbincangan atau persetujuan mesti dicapai bersama2 dgn pekerja. Satu memo wajib dikeluarkan oleh majikan tanda persetujuan dgn pekerja bg bayaran gaji, tempoh waktu kerja dan sebagainya. Klau cakap guna air liur shj tanpa ada hitam putih tak guna. Jadi bila ada ketidakpuasan hati rujuk segera ke JTK. Ada masalah jgn simpan smpai reput, takda guna.


Sekian, sekadar nasihat. ☺️


(p/s: nasihat di atas berdasarkan Akta Kerja 1955, Akta KWSP 1991, Akta PERKESO 1969, Perintah Gaji Minimum 2020.)

0
Xin Yi Kwang's avatar'
Xin Yi Kwang4 tahun yang lepas
Buat aduan polis. Majikan dah langgar akta buruh. Gaji paling lambat kne masuk 7 hari bulan seterusnya. Kwsp tak silap paling lewat 15 hari bulan seterusnya. InsyaAllah nanti nak tak nak majikan kne bayar full, kalau tidak kne tangkap. Yang penting ada hitam putih, surat tawaran kerja, penyata kwsp yg tak dicarumkan, penyata bank gaji masuk mana semua tu. Kalau anda tak ambil tindakan, siapa lagi yg nak ambil
0
Nurul's avatar'
Nurul4 tahun yang lepas
kwsp tu majikan wajib carum melainkan keja partime. Pekerja mesti tahu apa patut dilakukan apabila hak sbg pekerja tak dipenuhi oleh majikan.
0
Iris Iris's avatar'
Iris Iris4 tahun yang lepas
Kalau still minat dgn chemistry, highly recommended tukar kerjaya ke arah bidang kimia. Cari level yg paling rendah, boleh guna keyword 'entry level/fresh grad' kt mau kerja, jobstreet, indeed dll. Even gaji starting 1200 pon xpe. Kerja dulu paling tidak 2 tahun, guna pengalaman 2 tahun ni la untuk tackle level junior exec yg 2k keatas tu. Jgn duk cakap kerja ape2 pon xpe. Anda punya pendidikan n pilihan.
0
Soh Su Xin's avatar'
Soh Su Xin4 tahun yang lepas
tu company ape tu..teruk sgt tu..pegi mengadu dgn pejabat buruh..kite org malaysia wajib ade caruman kwsp tau..kite bukan warga asing..
0
Tharani Gunasekaran's avatar'
Tharani Gunasekaran4 tahun yang lepas
nasihatkan .lawan...jgn kasi muka kat majikan yg tak bayar kwsp, sosco sbb itu duit simpanan kita..kita berhak keatas nya..sosco pula.perlu carum sbb kalau terjadi kemalangan semasa bekerja atau odw pergi balik kerja sosco akan bayar. Jika tk pakat jenuh bayar bila sendiri. Jgn biarkan benda ni berlanjutan..kena sepakat dgn cleaner2 lain... Saya pernah fight dn berjaya dlm tuntutan...berani kerana benar!! Tapi pastikan dlm offer letter ada sebut tntang potongan kwsp dn socso
0