1) Klau gaji dh kena potong utk tujuan caruman KWSP, PERKESO & SIP tapi bila kita semak takda sebarang caruman pn yg dibuat segera laporkan kepada terbabit iaitu KWSP & PERKESO. (p/s: jgn plak bendul pergi balai polis dgn JTK utk buat laporan sbb pihak tersebut tiada kuasa dlm perkara berkaitan caruman.)
2) Klau masalah berkaitan gaji yg dibayar tak ikut Perintah Gaji Minimum 2020 (sekarang RM1200 bg bandar2 utama shj) segera laporkan kpd JTK. Ha yg ni baru bidang kuasa JTK.
3) Sblm nk pergi buat laporan kumpulkan segala bukti spt surat lantikan kerja, terma & syarat kerja, slip gaji. Klau blh pergi dgn rakan2 sekerja yg lain yg mana terlibat sama. Jadi nanti kes akan difailkan mengikut nama2 pekerja yg ditindas. Klau awak pergi sorang maknanya tuntutan tu atas nama awak shj bkn utk pekerja yg lain.
4) Utk makluman caruman KWSP, PERKESO & SIP adalah wajib bg semua pekerja sama ada status pekerja tetap, sementara, sambilan atau lain2. Caruman akan mula dipotong pd bln pertama anda bekerja. Tiada sebarang penanggguhan atau pengecualian utk caruman tersebut. Wajib tetap wajib.
5) Gaji wajib dibayar selewat-lewatnya 7 hari dr tarikh yg ditetapkan. Cth klau gaji dibayar ditetapkan pd 30hb, paling lewat majikan kena bayar gaji adalah sblm 6 atau 7hb bln berikutnya tgk la kalendar bln tu 30/31 hari. Jadi klau lewat lbh dr tempoh tersebut segera laporkan ke JTK.
6) Dlm waktu pandemik mcm sekarang ni, klau ada sebarang pengurangan gaji dan sebagainya perbincangan atau persetujuan mesti dicapai bersama2 dgn pekerja. Satu memo wajib dikeluarkan oleh majikan tanda persetujuan dgn pekerja bg bayaran gaji, tempoh waktu kerja dan sebagainya. Klau cakap guna air liur shj tanpa ada hitam putih tak guna. Jadi bila ada ketidakpuasan hati rujuk segera ke JTK. Ada masalah jgn simpan smpai reput, takda guna.
Sekian, sekadar nasihat. ☺️
(p/s: nasihat di atas berdasarkan Akta Kerja 1955, Akta KWSP 1991, Akta PERKESO 1969, Perintah Gaji Minimum 2020.)