1) Utk pengetahuan gaji asas minimum bermula thn 2020 adalah RM1200 bg bdr2 utama, RM1100 bg tmpt2 lain. Sila rujuk website JTK. So klau majikan bg gaji kurang dr tu segera laporkan ke JTK. (RM1200 tu adalah gaji asas kasar sblm sebarang elaun2 dan potongan KWSP, PERKESO & SIP).
2) Tempoh waktu kerja dlm seminggu yg dibenarkan undang2 (Akta Kerja) adalah 48 jam shj, tu plg maksimum. So maknanya sehari 8 jam kerja tak termasuk waktu rehat 1 jam. Maksimum 6 hari bekerja shj dan wajib ada satu hari off day dlm seminggu. Majikan tak ikut laporkan segera ke JTK.
3) Jika awak diminta bekerja slps tamat tempoh 8 jam pd hari tersebut, adalah menjadi hak pekerja utk kerja atau tak slps waktu tersebut. Bekerja slps waktu normal 8 jam dianggap sbg kerja lebih masa (Overtime/OT). Dtg kerja awal tak dianggap sbg OT, tu kena paham. So klau majikan tak byr OT segera laporkan ke JTK.
4) Kena faham bekerja adalah persetujuan dua pihak; majikan & pekerja. 'Aku buat kerja, kau bayar upah'. Bkn hubungan spt hamba abdi yg tak diberi upah, diseksa, dikurung & tak diberi mkn. Jadi pekerja kena berani pertahankan hak mereka, tak puas hati jgk blh cari kerja lain.
p/s: kalau anda ada mslh berkaitan majikan, kontrak kerja, gaji & sbgnya jgn takut utk pergi ke pjbt Jbtn Tenaga Kerja. Mereka sedia membantu, beri nasihat & panduan, percuma je. Kes2 berkaitan majikan-pekerja selalunya akan berpihak kpd pekerja, jd jgn takut ! Tp pastikan semua hitam putih spt surat lantikan kerja, kontrak kerja/terma & syarat/perjanjian kerja, slip gaji wajib ada ya. Takda istilah ckp2 mulut je.
Sekian, sekadar membantu 😄.