Journey Tee's avatar'
Journey Tee3 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Majikan mengambil kesempatan. Apa patut saya buat?

Assalamualaikum min saya agak kecewa dengan majikan saya lah/ sebenarnya sekarang saya kerja dekat satu kedai game ni, tempat orang lepak lepak. sebelum pkp memang okay, gaji pn bayar kwsp pn ad(tak tau lah dia msuk ke x)...sejak pkp ni gaji turun saya oky min,yg jadi masalahnya dia yg suruh saya bekerja waktu pkp,lepas tu jnji nk bayarkan saman kalau kedai n pekerja yg kene saman min... pada satu hari tu tempat saya bekerja kene saman...bos saya pn kene n saya pn kene min dalam 1k min,dia janji nak bayarkan utk saya..tapi last² dia bayar untuk dia seorang je. Kira dia lepas tangan. dia suruh saya bayar dengan duit saya sendiri, bila saya tanya kenapa tak bayar untuk saya..dia kata dh takde duit, saya pun cakaplah yang saya pn takde duit jugak macam mn nk bayar....dia pun tiba-tiba suruh saya hutang dengan dia sebanyak 1k..lepastu dia akan tolak gaji saya tiap-tiap bulan min...saya terpaksa tolak gaji saya dengan tolak gaji tiap tiap bulan, dalam RM100 or RM200. gaji saya pun sikit min, sebelum pkp saya kene kerja 15jam sehari,dgn gaji yg sikit... waktu pkp saya kene kerja 10jam or 12jam sehari min, walaupun kerja saya hanya layan customer n buat kerja yg berat sikit so jadinya gaji saya jadi lagi sikit. Bila saya nak berhenti dia tak bagi. Ni, masa ada pekerja lain dulu, dia pergi buang min. Janji kata nak cari pengganti, last last saya sorang jugak. nak cuti pun tak boleh, min bayangkan saya kerja 15 jam sehari? suruh saya mari awal kerja, bila nak balik awal, dia tak bagi pulak. Bila saya cakap macam tu, dia kata sape bos? Dia ke saya? Betul juga orang kata min, "buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali." saya terlalu ikut kehendak boss saya. Dia suruh saya buat tu, saya buat min. walaupun bukan kerja saya.
0
w** n** a**** w** h***'s avatar'
w** n** a**** w** h***4 tahun yang lepas
Ramai yang mengeluh sbb diperlakukan dengan tidak adil. sabar bro. aku cadangkan. buat masa ni kerja dlu.. set kerja untuk satu bulan je lagi. sambil2 to buat resume cari kerja lain. kalau perlu buat notis berhenti buat lah. jgn sbb pkp ko stay. kt luar bnyak lagi peluang kerja. bnyak lagi kerja yang mmg boleh secure masa depan ko. aku bukan hina org kerja kt kedai game tp ko kne buka mata untuk tngok dunia luar.
0
N******** M* N**'s avatar'
N******** M* N**4 tahun yang lepas
KWSP bleh cek. Kalu dia x bayar report je.
0
Rafiq Mohammad's avatar'
Rafiq Mohammad4 tahun yang lepas

1) Utk pengetahuan gaji asas minimum bermula thn 2020 adalah RM1200 bg bdr2 utama, RM1100 bg tmpt2 lain. Sila rujuk website JTK. So klau majikan bg gaji kurang dr tu segera laporkan ke JTK. (RM1200 tu adalah gaji asas kasar sblm sebarang elaun2 dan potongan KWSP, PERKESO & SIP).


2) Tempoh waktu kerja dlm seminggu yg dibenarkan undang2 (Akta Kerja) adalah 48 jam shj, tu plg maksimum. So maknanya sehari 8 jam kerja tak termasuk waktu rehat 1 jam. Maksimum 6 hari bekerja shj dan wajib ada satu hari off day dlm seminggu. Majikan tak ikut laporkan segera ke JTK.


3) Jika awak diminta bekerja slps tamat tempoh 8 jam pd hari tersebut, adalah menjadi hak pekerja utk kerja atau tak slps waktu tersebut. Bekerja slps waktu normal 8 jam dianggap sbg kerja lebih masa (Overtime/OT). Dtg kerja awal tak dianggap sbg OT, tu kena paham. So klau majikan tak byr OT segera laporkan ke JTK.


4) Kena faham bekerja adalah persetujuan dua pihak; majikan & pekerja. 'Aku buat kerja, kau bayar upah'. Bkn hubungan spt hamba abdi yg tak diberi upah, diseksa, dikurung & tak diberi mkn. Jadi pekerja kena berani pertahankan hak mereka, tak puas hati jgk blh cari kerja lain.


p/s: kalau anda ada mslh berkaitan majikan, kontrak kerja, gaji & sbgnya jgn takut utk pergi ke pjbt Jbtn Tenaga Kerja. Mereka sedia membantu, beri nasihat & panduan, percuma je. Kes2 berkaitan majikan-pekerja selalunya akan berpihak kpd pekerja, jd jgn takut ! Tp pastikan semua hitam putih spt surat lantikan kerja, kontrak kerja/terma & syarat/perjanjian kerja, slip gaji wajib ada ya. Takda istilah ckp2 mulut je.


Sekian, sekadar membantu 😄.

0
Kee Hwee's avatar'
Kee Hwee4 tahun yang lepas
Berhenti je lah...pergi kerja kat stesen minyak ka...atau kerja kat starbuck ka...atau kfc ke...bagus lagi...mereka ikut undang2.
0
Ariff's avatar'
Ariff4 tahun yang lepas
Apa² kena ada hitam putih Tak boleh main janji mulut Agreement kena ada
0
Novette00's avatar'
Novette004 tahun yang lepas
ebih baik masuk bidang hartanah atau salesman kereta. Keje freelancer, komisyen byk. Sekadar suggest.
0