Majikan saya tidak menerima resignation letter saya dan meminta saya mencari pengganti dahulu barulah dia akan menerima resignation letter saya.
Hi! saya ingin bertanya. Saya telah memaklumkan dan memberikan resignation letter pada 18/5 dan tempoh notis yang diperlukan ialah 1 bulan seperti didalam kontrak. Tetapi, majikan saya tidak menerima resignation letter saya dan meminta saya mencari pengganti dahulu barulah dia akan menerima resignation letter saya. Pada awalnya saya hanya mengiyakannya dan menjalan interview untuk position saya, tetapi majikan saya tidak berkenan dan hendak melakukan 2nd interview. Setelah saya mengumpulkan candidate dan arrangekan masa untuk mengadakan 2nd interiew, majikan saya maklumkan bahawa beliau tidak mahu mengambil pekerja baru dan ingin holdkan dulu 2nd interview. Oleh kerana sebab yang tertentu, saya sudah berhenti seperti dalam tempoh resignation letter saya tanpa pengganti untuk position saya. Oleh itu, adakah majikan boleh mengenakan tindakan terhadap saya?