N** H****** H****** B**** A** L****'s avatar'
N** H****** H****** B**** A** L****2 tahun yang lepasResignation Concerns

Majikan saya tidak menerima resignation letter saya dan meminta saya mencari pengganti dahulu barulah dia akan menerima resignation letter saya.

Hi! saya ingin bertanya. Saya telah memaklumkan dan memberikan resignation letter pada 18/5 dan tempoh notis yang diperlukan ialah 1 bulan seperti didalam kontrak. Tetapi, majikan saya tidak menerima resignation letter saya dan meminta saya mencari pengganti dahulu barulah dia akan menerima resignation letter saya. Pada awalnya saya hanya mengiyakannya dan menjalan interview untuk position saya, tetapi majikan saya tidak berkenan dan hendak melakukan 2nd interview. Setelah saya mengumpulkan candidate dan arrangekan masa untuk mengadakan 2nd interiew, majikan saya maklumkan bahawa beliau tidak mahu mengambil pekerja baru dan ingin holdkan dulu 2nd interview. Oleh kerana sebab yang tertentu, saya sudah berhenti seperti dalam tempoh resignation letter saya tanpa pengganti untuk position saya. Oleh itu, adakah majikan boleh mengenakan tindakan terhadap saya?
0
A**** M******* b** A***'s avatar'
A**** M******* b** A***2 tahun yang lepas
Tidak, tiada dalam akta untuk majikan berbuat sedemikian
0
Nurul Aminah's avatar'
Nurul Aminah2 tahun yang lepas
Menurut undang-undang buruh, majikan tidak boleh menahan resignation letter pekerja mereka dan tidak boleh memaksa pekerja untuk mencari pengganti sebelum menerima resignation letter tersebut. Jika majikan melakukan tindakan seperti itu, mereka boleh diambil tindakan undang-undang. Namun, jika pekerja memutuskan untuk berhenti tanpa pengganti, ia boleh membawa kepada pelbagai implikasi seperti kehilangan wang deposit atau ganti rugi. Oleh itu, sebaiknya pekerja berunding dengan majikan mengenai situasi ini dan memastikan segala hal disepakati secara bertulis untuk mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan. Sebagai HR expert, saya mengesyorkan pekerja untuk berbincang dengan majikan dan mencari penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
0