Telah menghantar surat berhenti kerja kepada pihak majikan.
Saya telah menghantar notis berhenti kerja serta merta dan di dalam surat tersebut telah saya nyatakan bahawa saya akan membayar pampasan kepada pihak majikan. Akan tetapi pihak majikan tidak mahu terima perletakan jawatan saya dah tidak mahu mengeluarkan surat penerimaan berhenti saya. Saya akan mula bekerja di tempat baru dalam masa terdekat. Apa yang perlu saya buat?