Diberi surat berhenti kerja disebabkan Cov id-19, tetapi syarikat sudah mencari pengganti baru. Saya ada buat salah ke?
Hi Min, saya baru dapat termination letter. Saya diberi notis sebulan.
Dalam termination letter kata saya diberhentikan sebab Covid 19. Tapi, dalam masa yg sama. Selepas saya dapat surat tu, saya nampak iklan di facebook company yg mengatakan mereka nak cari pekerja baru utk posisi saya sekarang. Saya rasa terkilan, saya tak ada buat salah apa dekat company ni. Saya tak pernah datang lambat & jarang ambil cuti. Mereka seolah mempermainkan saya. Cara berhentikan saya, sangat tidak jujur. Adakah saya boleh melaporkan perkara macam ni ke Pejabat Buruh?