M****** N**** B** N*****'s avatar'
M****** N**** B** N*****1 tahun yang lepasAbout Offer Letter

Offer Letter ada tulis MC dan Epf Socso tak dikira dalam masa probation period.

assalammualaikum, saya dah bekerja hampir 3 bulan, dan dalam offer letter ada mengatakan tentang cuti sakit dan epf socso tidak dibayar dalam masa tempoh percubaan. jadi saya ada cuti sakit dan dapat mc dari klinik swasta 2 hari, tapi majikan tolak gaji saya untuk 2 hari saya cuti sakit tu, dan epf socso pun masih belum ditolak dan dibayar oleh majikan. soalan saya boleh ke majikan buat mcam tu ?
0
Izazuddin Othman's avatar'
Izazuddin Othman1 tahun yang lepas
Jawapannya adalah majikan sudah melakukan suatu kesalahan yang bertentangan dengan Akta Kerja 1955., walaupun pekerja sudah menandatangani persetujuan dalam Surat Tawaran tersebut. Ini kerana tidak semua pekerja baru faham tentang hak mereka di dalam Akta Kerja 1955. Tandatangan persetujuan tidak bermaksud mereka perlu akur dengan terma Surat Tawaran tersebut walaupun ianya melanggar Akta Kerja 1955. Majikan perlu faham Akta Kerja 1955 adalah Akta yang diluluskan di Parlimen.
0
Raudhah Amani's avatar'
Raudhah Amani9 bulan yang lepas
Waalaikumussalam. Dalam situasi ini, keputusan mengenai cuti sakit dan pembayaran EPF/SOCSO semasa tempoh percubaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran. Sekiranya surat tawaran anda menyatakan bahawa cuti sakit dan pembayaran EPF/SOCSO tidak dikira semasa tempoh percubaan, majikan berhak untuk mengambil tindakan tersebut. Sebagai pekerja, penting untuk membaca dengan teliti syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran sebelum menerima pekerjaan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, disyorkan untuk berbincang dengan majikan atau jabatan sumber manusia syarikat anda.
2