Majikan tidak mahu memberikan offer letter, butiran skop kerja, kadar gaji dan elaun.
Hi min, saya seorg fresh grad dan telah diterima bekerja di sebuah syarikat swasta tetapi tidak diberikan offer letter (hanya diarahkan utk melapor diri pd sekian tarikh), semasa iv majikan saya hanya memberitahu berkaitan range gaji saya shj (1.5K - 2K). Bila saya bertanya berkaitan elaun, kadar OT , cuti dan gaji yg ditawarkan majikan saya tidak mahu menjwb katanya saya perlu masuk bekerja terlbh dahulu. Berkaitan skop tugasan saya juga tidak sama seperti yg diiklankan. Saya juga diwajibkan utk melakukan 12 jam OT sehari dlm setiap minggu tanpa diberi tahu kadar OT. Majikan saya juga menyatakan saya perlu melakukan 4 jam OT utk 4 hari setiap minggu atas alasan kekurangan pekerja. OT ini adlh utk mmbntu rakan2 sekerja saya iaitu di luar bidang kerja saya. Semasa IV majikan saya juga ada bertanyakan adkh saya mempunyai kenderaan dan boleh bekerja luar tetapi bila saya bertanya berkaitan TNT dan claim majikan saya tidak mahu memberitahu. Justeru adakah wajar saya menerima tawaran ini?