Majikan culas membayar caruman SOCSO dan EPF selama 6 bulan tetapi ada potongan dalam slip gaji. Adakah saya masih layak menerima faedah caruman jika berlaku kemalangan kepada saya ketika bekerja?
Hai saya nak bertanya beberapa persoalan mengenai caruman SOCSO dan EPF, apakah yang perlu saya lakukan jika majikan tidak membayar socso dan epf selama 6 bulan tetapi ada potongan dalam slip gaji yang diterima? Apabila kami menanyakan hal tersebut, pihak majikan menyatakan yang bahawa sekarang ini beliau sedang dalam proses penjadualan semula bayaran caruman EPF dengan pihak EPF, manakala caruman SOCSO pula tidak dibayar tanpa apa-apa makluman kepada pekerja. Jika ditanya, majikan akan mengatakan company masih belum stabil dan perlukan masa untuk pulih kembali pasca COVID19. Adakah saya boleh melaporkan berkenaan perkara ni dan dimana? dan jika berlaku bencana atau kemalangan semasa bekerja dan di tempat kerja, adakah saya masih dilindungi oleh SOCSO dan boleh untuk membuat tuntutan walaupun pihak majikan ada tunggakan caruman? Terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang sudi menjawab kekusutan saya ini