Bila office ada gender bias, sedih rasanya.
I nak share something dengan you and I don't mind you to share with others, just let my identity to be a secret ya.
I kahwin sebelum I tamat my study, and waktu cari tempat intern okay lagi. Sebab internship je kan, tapi bila nak cari tempat kerja tu, susah sikit sebab sebab bila datang interview je, cakap I ni dah berkahwin, possibility untuk I dapat tu sangat lah tipis. Kadang kadang je I tengok job description diaorang prefer orang yang single. In other part I faham je, yela. Kerja ni commitment, and perkahwinan ni satu commitment jugak so dari segi positive side dia maybe diaorang tak nak bebankan I dengan banyak sangat commitment kot.
Okay la, susah cari kerja tu satu tapi bila dah dapat kerja pulak, dapat office mate yang perangai sangat la tidak senonoh. Bergurau tak kena tempat, kadang kadang rasa macam nak cabai je mulut diaorang ni tapi entah la min, senyum jela dengar "lawak" diaorang tu. Ada lagi satu, awal awal pregnancy I, I selalu MC. I bagitahu HR yang I pregnant tapi diaorang selalu mempertikai MC I. I macam... tak faham kenapa macam tu. Semua jenis pregnancy kan lain lain, tak kan tu pun I kena.
In the end I pun berhenti dekat company tu and sekarang I buat business sendiri. Biasalah jadi dropshipper je tapi Alhamdullilah, boleh la bantu suami untuk prepare untuk baby yang akan lahir ni. I percaya ada ramai jugak yang ada experience yang lebih kurang sama macam I, however let me tell you guys, that it's okay. Semua benda ni terjadi boleh menguatkan kita emotionally. Jangan mengalah, tu je prinsip no 1. Okay?
Okay min, rasa macam panjang dah ayat I ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Doakan semoga I berjaya dan selamatkan untuk lahirkan baby I ni ya. Thank you min.