O***** J*** A*** L******'s avatar'
O***** J*** A*** L******3 tahun yang lepasMauLuah

Sehingga sekarang saya belum mendapat pekerjaan dan takut sekiranya perkara tersebut berulang kembali. Namun setelah beberapa bulan saya berhenti sehingga sekarang saya masih mencari pekerjaan

Saya baru lepas intern dan diserap masuk bekerja di syarikat tersebut namun selepas beberapa bulan saya bekerja di syarikat tersebut saya mendapati bahawa bekas majikan saya tidak berlaku adil dan menjalani hubungan dengan beberapa pekerja menyebabkan saya berasa tidak selesa dan mengambil keputusan untuk berhenti..gaji yang ditawarkan adalah Rm 1200 sahaja dengan saya mempunyai Diploma. Selepas saya berhenti saya mendengar daripada pekerja di syarikat tersebut bahawa sekiranya saya ingin mencari pekerjaan dan syarikat yang mahu mengambil saya bekerja menghubungi bekas majikan saya untuk bertanyakan mengenai prestasi saya maka bekas majikan saya akan mengatakan bahawa prestasi saya sangat buruk sedangkan semasa saya intern sehinggalah saya diserap masuk bekerja begitu banyak pujian dan kerja saya begitu consistent dan selepas saya berhenti pihak bekas majikan langsung tidak membayar commission saya langsung walaupun saya telah claim commission tersebut sebelum saya berhenti .untuk makluman saya telah memberikan bekas majikan saya notis berhenti sebulan.apakah yang patut saya buat dan sekiranya syarikat yang ingin menemu duga saya menanyakan mengapa saya berhenti apakah yang patut saya jawab ?
0